Sunday, 17 November 2013

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an dengan penglibatan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui perakuan169 membawa kepada satu penekanan dan tumpuan kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.

Perakuan ini menyebut:
“Dengan Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "

Akta dan Peraturan ke Atas Pendidikan Khas

(i) Akta Pendidikan 1961
- Member Konsep Sekolah Khas: Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

(ii) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Bab VI
- memberi fokus kepada pendidikan kanak-kanak cacat:
“Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat, adalah diperakukan kerajaan mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.”

(iii) Peraturan Pendidikan 1997 (dlm Akta Pendidikan 1996):
mengakui hak murid berkeperluan khas utk diinklusifkan dalam kelas biasa.
-Peraturan (2) menyebut, pendidikan inklusif bermaksud: “satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di kalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.”
- Perkara ini telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) kementerian pendidikan pada tahun 2000, iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.”
- Terdapat ‘Inklusif Penuh’ dan ‘Inklusif Separa’

(iv) Public Law 94-142 (P.L. 94-142) (di USA)
-Termaktub sebagai undang-undang pada 1975.
-Pangggilan asal ialah “Education for All Handicapped Children Act” dan ditukar kepada “Individuals with Disabilities Education Act”.
-Merupakan mercu tanda kepada perundangan yang telah mengubah senario pendidikan khas.

No comments:

Post a Comment