Mata
adalah anugerah yang sangat bernilai kepada semua benda hidup. Mata membolehkan
kita melihat persekitaran dan mengenal alam sekaliling.kekurang upayaaan mata kita untuk melihat mempengaruhi diri individu terutamanya dari aspek
perkembangan, pembelajaran, kemahiran sosial dan tingkahlaku.
Pelbagai
istilah digunakan untuk mengkategorikan kanak-kanak yang mengalami kecacatan
penglihatan. Selain dikenali sebagai cacat penglihatan, mereka juga turut
dikenali sebagai tiada keupayaan penglihatan atau bermasalah penglihatan.
Manakala, dalam sistem pendidikan di negara kita, kanak-kanak yang cacat
penglihatan lebih dikenali sebagai kanak-kanak keperluan khas masalah
penglihatan.
Melalui buku Pengenalan Pendidikan Khas, Heward (1996)
mendefinisikan bahawa murid bermasalah penglihatan merupakan seseorang yang
mempunyai ketajaman penglihatan (20/200) atau kurang daripada mata yang sihat
dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit
berdiameter kurang dari 20 darjah. Manakala Hallahan & Kauffman (2002) pula
mendefinisikan masalah penglihatan sebagai kehilangan daya penglihatan terhadap
cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun
unjuran cahaya (kebolehan untuk mengenal pasti punca arah cahaya). Penglihatan
terhad (low vision) pula
didefinisikan sebagai masih mempunyai penglihatan antara bayang-bayang hingga
6/60 mengikut pembacaan Snellen Chart. Murid bermasalah penglihatan juga
dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas selain murid bermasalah
pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Murid-murid bermasalah penglihatan
ditempatkan di sekolah intergrasi dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
yang mempunyai pentadbiran sendiri.
Selain itu, Menurut Sharifah Zaharah (1985), kanak-kanak cacat penglihatan ialah mereka yang mempunyai penglihatan terhad ataupun rabun. Seorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan terang dan jelas. Kanak-kanak yang cacat penglihatan biasanya normal seperti kanak-kanak biasa cuma mereka hanya kekurangan dari segi kebolehan melihat sahaja.
Cara Mengesan
Mok (2010) menyatakan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri berikut:
a) Mempunyai kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta dipapan tulis.
b) Sering membaca buku secara dekat.
c) Sering mengesat matanya.
d) Mata kelihatan kemerah-merahan.
e) Mata juling.
f) Sering berasa pening kepala.
g) Mata amat sensitif terhadap cahaya.
h) Tidak dapat membaca dalam tempoh lama.
i) mencondongkan kepala pada satu arah untuk melihat sesutu.
j) Penglihatan kabur.
No comments:
Post a Comment