Masalah pendengaran merupakan satu masalah yang dikatakan sebagai masalah yang tersembunyi dan senyap apabila masalah ini hanya akan dapat dikesan apabila kanak-kanak ini mula mencecah usia 2 tahun dan ke atas terutama apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Ramai dikalangan kanak-kanak ini perlu belajar bahasa dan bertutur dengan cara yang berlainan, jadi adalah penting untuk mengesan masalah pendengaran atau kepekakkan seawal yang mungkin. Tanpa pendengaran, bahasa tidak dapat dikuasai dan difahami oleh mereka. Pengesanan awal pendengaran penting agar kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dapat dikesan awal dan diberi bantuan seawal mungkin. Menurut World Health Organization (WHO), kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran seharusnya dapat dikesan seawal berusia 3 bulan dan peningkatan pendengaran pada usia seawal 6 bulan.
Masalah pendengaran merujuk kepada individu yang mengalami masalah pendengaran yang diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang mengalami masalah biasanya akan mengalami kesukaran atau tidak dapat mendengar bunyi perbualan ataupun bunyi persekitaran. Disebabkan masalah pendengaran yang dialami dan kelemahan penguasaan asas kemahiran bahasa, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sering tercicir dalam pelajaran walaupun sebenarnya mereka tidak mengalami kecacatan dari segi intelek (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010). Selain itu juga deria pendengaran merupakan salah satu agen penyampai maklumat dalam berkomunikasi, tanpa deria pendengaran ini, matlamat menyampaikan fakta atau maklumat menjadi tidak bermakna.
Tahap kehilangan pendengaran
1) Kurang pendengaran
a) Ringan (mild) - Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB. Mereka yang mengalami tahap ini mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi perlahan dan jauh namun masih mampu memahami perbualan.
b) Sederhana (moderate) – Bagi tahap ini pula, mereka mengalami kehilangan pendengaran antara 41 – 70 dB. Masih mampu mendengar bunyi antara 1 hingga 1.5 meter sahaja disamping menghadapi masalah dalam melibatkan diri di dalam perbincangan di dalam kelas
c) Sederhana teruk (moderate – severe) – Tahap kehilangan pendengaran bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran adalah antara 56 – 70 dB. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat
a) Teruk (severe) – Pada tahap ini kehilangan pendengaran adalah antara 71 sehingga 90 dB dan hanya mampu mendengar bunyi apada jarak 0 – 30.5 meter sahaja. Mereka juga menghadapi masalah pertuturan
b) Sangat teruk (profound) – Tahap kehilangan pendengaran pada kategori ini ialah lebih daripada 90 dB. Mereka juga amat sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat.
Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan, contoh ia mempunyai pendengaran yang separa, adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling. Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa. Manakala menurut Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.
Menurut Paul dan Quigley (1990); dan Wiliam L.Heward (1996), kanak-kanak dalam kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu dengar. Pengesanan awal bagi golongan yang bermasalah pendengaran ini adalah sangat penting supaya intervensi awal dapat dilaksanakan untuk membantu mereka mengatasi masalah yang dialami. Intervensi awal adalh penting bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk dihadapi dan berlanjutan menjadi lebih teruk. Oleh ini intervensi awal dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Dalam perlaksanaan intervensi awal ini, penglibatan dari pelbagai pihak dalam merancang dan menyediakan intervensi awal adalah amat penting. Oleh itu penubuhan kumpulan pelbagai disiplin dapat membantu berkongsi, bertukar maklumat dan merancang menyadiakan intervensi awal yang memenuhi keperluan disamping meningkatkan pencapaian kanak-kanak bermasalah pendengaran.
No comments:
Post a Comment