Sunday, 29 December 2013

TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Teknologi Pendidikan adalah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini : komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003). Yusuf Hashim (1997) pula mendefinisikan teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, merekabentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Teknologi pengajaran pula merupakan cabang daripada teknologi pendidikan. Heinich (1982) menjelaskan bahawa teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggungjawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran. 



Teknologi pengajaran juga adalah satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal (Yusuf Hashim, 1998). Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh mengenai definisi teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran, boleh disimpulkan bahawateknologi pendidikan dan pengajaran adalah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran

No comments:

Post a Comment