Sunday, 29 December 2013

SEBAB MASALAH PENGLIHATAN DAN LANGKAH MENGATASI

Sebab-sebab masalah penglihatan?

  1. Bayi dan peringkat awal kanak-kanak.
    • Kecacatan 'congenital' seperti 'congenital cataract, congenital glaucoma'.
    • Masalah semasa kehamilan seperti jangkitan kuman akibat 'rubella, toxoplasmosis' dan penggunaan alkohol.
    • Penyebab perinatal - 'retinopathy of prematurity'
    • Jangkitan kuman pada mata - 'ophthalmia neonatorum'
  2. Peringkat lewat kanak-kanak.
    • 'Refractive Error'
    • 'Amblyopia/lazy eye'
    • Keadaan Juling
    • Parut pada lapisan kornea - jangkitan kuman, kecederaan, kekurangan vitamin A
    • Penyakit akibat keturunan - 'albino, retinitis pigmentosa'
  3. Orang dewasa
    • 'Refractive Error'
    • 'Cataract'
    • 'Diabetic retinopathy'
    • 'Glaucoma'
    • 'Age related Mascular Degeneration'
  4. Sebab-sebab lain.
    • Jangkitan kuman pada mata
    • Kecederaan pada mata - tercucuk, terkena bahan kimia.
    • Barah mata - 'retinoblastoma'

Tanda dan gejala

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan penglihatan:
  1. Amalkan cara hidup yang sihat
  2. Elakkan kemalangan dan kecederaan pada mata
  3. Dapatkan suntikan perlalian:
    • Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan perlalian untuk 'rubella' , 'tetanus'
    • Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan jadual suntikan perlalian yang terkini.
  4. Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan 'folic acid' dan diet yang seimbang
  5. Memastikan sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan.

Rawatan

  1. Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
    • Dapatkan ujian penglihatan secara berkala di tempat kerja
    • Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis
  2. Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan 'normal', oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti mengambil tahu berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangan, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan kenal pasti masalah.

Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak?

  • Melakukan pemeriksaan yang berkala dan tetap sepanjang kehamilan.
    • Pemeriksaan fizikal
    • 'Ultrasound' kepada wanita hamil risiko tinggi terutama pada peringkat awal kehamilan
  • Ujian cecair 'amniotic' untuk mengesan keganjilan terhadap kromosom(amniocentesis)
  • Membuat penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat klinik-klinik kesihatan dalam perkara-perkara berikut:
    • Pergerakkan (motor kasar)
    • Kebolehan mengguna tangan (motor halus)
    • Menguruskan kehidupan seharian
    • Komunikasi dan pendengaran
    • Tingkahlaku dan bersosial

    Langkah pemulihan

    Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat atau kurang upaya:
    • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.http://www.jkm.gov.my/perkhidmatanoku.htm
      • Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
      • Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
      • Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
    • Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:
      • Perubatan:
        • Pemulihan anggota
        • Pemulihan carakerja
        • Pemulihan pertuturan
        • Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.
      • Pendidikan
        • Kanak-kanak kurang upaya perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.
      • Sosial
        • Untuk membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
        • Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
        • Pusat Pemulihan 'Community Based' yang terdapat di seluruh negeri.
      • Latihan Vokasional.
        • Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jbtn. Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.
  • No comments:

    Post a Comment