Hellen Keller adalah
seorang anak perempuan berusia sepuluh tahun yang mengalami masalah pendegaran,
penglihatan dan pertuturan.. Hellen Keller merupakan anak dari pasangan Arthur
Keller dan Catie Keller, ia juga mempunyai kakak tiri bernama James dan seorang
adik bayi.
Kisah
ini memaparkan sikap gigih dan tidak berputusa asa Annie Sullivan yangmampu
membawa perubahan yang besar dalam kehidupan Helen keller yang sebelum ini
tidak pandai mengurus diri kepada Proses
pelatihan ini tidak mudah kerana Sullivan memerlukan usaha yang keras dalam
melatih Hellen, Namun, akhirnya usaha ini berjaya dan Hellen mampu makan
menggunakan piring sendiri bahkan mampu menggunakan sendok serta garpu.
Kasih
sayang ibu berusaha dan tidak pernah malu mempunyai anak yang mempunyai
kelainan upaya (buta, pekak dan bisu). Contohnya ibunya kerap mencari pengasuh
untuk mendidik Helen sering menemui kegagalan sehinggalah dia mengupah Anni
sulivan.
Keyakinan
Anni Sullivan untuk membawa perubahan dalam hidup Helen misalnya mendapat
tentangan daripada bapa Helen yang merasakan tiada perubahan positif atas
anaknya namun Anna Sulivan tetap berkeras untuk memberikan tempoh masa seminggu
untuk membawa perubahan tehadap Helen. Impaknya Helen mampu menggunakan beberapa
bahasa isyarat untuk menginterpretasi beberapa obejek seperti anjing, patung
dan kerusi.
Kesimpulanya
saya dapati bahawa seseorang pendidik mestilah mempunyai tahap kesabaran yang
tinggi serta keyakinan bahawa apa yang kita lakukan adalah benar. Di samping
itu, kriteria seperti bersungguh-sungguh,cekal dan berpengatahuan merupakan
nilai tambah bagi seorang pendidik yang perlu ditekankan dalam pembentukan
seorang guru. Hal ini amat penting memandangkan jika wujud masalah atau cabaran
yang mendatang, kita sebagai pendidik mampu berpegang dan berdiri dengan
matlamat sedia ada tanpa berputus asa.
No comments:
Post a Comment