Sunday, 29 December 2013

TAREE ZAMEEN PAR



Taree Zameen Par ini menceritakan tentang seorang anak yang bernama Ishaan.Ishan seorang anak yang berumur 9 thn mengidap penyakit disleksia..  sukar membaca dan menulis. Ishan mempunyai abg (Yohan) yang sgt pandai tetapi Ishan ada satu  kelebihan iaitu pandai melukis.daripada melukis ishan meluahkan segala perasaan  melalui lukisan. Ishaan adalah seorang pelajar kelas 3 yangtidak pandai. Kerana terlalu bodohnya ishaan sudah tidak naik kelas selama 2 tahun. Ishaan sendiri tidak seperti anak anak seusianya yang sudah bisa membaca dan menulis, ia sangat sulit membaca dan menulis bahkan disaat melihat tulisan ia seakan akan melihat tulisan itu seperti menari. Disekolah ishaan tidak ada kemajuan maka pengetua memanggil kedua ibubapanya. dan memutuskan ishaan tidak akan naik kelas lagi dan terpaksa akan dikeluarkan. Ayah  ishaan pun memutuskan untuk menghantar  ishaan untuk melanjutkan sekolahnya di sekolah asrama yang mengutamakan kedisiplinan.
Di asrama tersebutlah ishaan akhirnya bertemu seorang guru kesenian yang bernama Ram Shankar Nikumbh yang mempunyai cara belajar yang berbeza dari guru guru yang lain. Disinilah ram melihat ishaan yang terlhiat sangat sedih. Dia mencari tahu lebih dalam tentang ishaan yang ternyata mempunyai penyakit yang  bernama dyslexia.Mulai dari situ lah ram membantu ishan keluar dari permasalahannya tersebut.Apabila guru seni(Amir khan) yang baru menggantikan guru lama yang sangat memahami Ishan..  Amir Khan menjadi guru yang sangat penyayang mengajar Ishan satu persatu daripada membaca, melukis dan mengira.Sehinggalah ishan berjaya dan dapat menaikkan namanya dimata keluarga dan sekolah.
Kesimpulannya saya dapati bahawa kita tidak boleh menilai seseorang dari segi akademik kerana masing-masing telah dianugerahkan bakat  oleh Allah. Seorang guru seharusnya mendidik anak murid dengan penuh hikmah..mengajar dengan penuh kesabaran.. menyelidik setiap masalah anak murid dan jangan menghukum anak murid.

No comments:

Post a Comment